Cerita Sensasi Masa Kini
Monday, 30 July 2018
Panduan Menjual Di Shopee 2018
Bahagian Kedua Video Panduan Menjual Di Shopee : Klik Sini
Thursday, 10 March 2016
Bo Gum pernah bankrap
Selebriti kacak, Park Bo Gum dilaporkan pernah diisytiharkan bankrap. Agensi mewakilinya, Blossom Entertainment berkata, ia berlaku ketika Park Bo Gum masih muda.
“Oleh sebab ia masalah peribadi, kami tidak tahu info penuh.Tapi kami tahu ia berjaya diselesaikan tahun lalu. Pada masa ini, tiada lagi masalah timbul,” kata agensi itu.
Tahun lalu, dia menerima arahan mahkamah berkaitan bankrapsi tapi prosedur itu dihentikan dengan perjanjian bersama pihak pemberi kredit. Bo Gum berjaya menyelesaikan situasi itu dalam masa enam bulan.
Dia pergi ke Mahkamah Daerah Pusat Seoul pada akhir 2014 untuk memohon pengecualian bankrap susulan hutang yang tidak dapat diselesaikan. Pihak mahkamah mengambil kes itu pada Mac lalu dan memutuskan dia bankrap selepas itu.
Namun, sebenarnya Bo Gum tidak akan disenaraikan sebab berjaya diselesaikan seolah-olah dia tidak pernah diisytiharkan bankrap. Hutang dimaksudkan berkaitan dengan isu selebriti itu dipercayai menjadi penjamin untuk selesaikan isu keluarga.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/120678

Friday, 4 March 2016
Comel Aaisyah Dhia Rana Dalam Tema Cowboy
Anak kepada pasangan Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin iaitu
Aaisyah Dhia Rana sering menjadi tumpuan di mana-mana majlis mana pun,
terbaru adalah di majlis hari jadi bapanya yang diadakan malam tadi.
Meskipun dalam tema cowboy, Aaisyah tetap digayakan oleh ibunya mengikut konsep party malam itu dengan kemeja kotak-kotak, berseluar denim, boot dan bertopi cowboy.
Seperti biasa, Che Ta pasti berkongsi foto-foto sepanjang majlis hari jadi tersebut di akaun Instagram miliknya dan hampir semua tetamu termasuk adik beradiknya mengikut tema yang ditetapkan.
Ramai pengikut memuji kecomelan dan gelagat Aaisyah ketika majlis termasuk gambar terbaru yang dimuat naik Che Ta adalah foto Aaisyah yang jelas kelihatan ditayang perutnya ketika di majlis tersebut.
Apa-apa pun majlis itu diadakan dengan sungguh meriah dan tetamu yang hadir kelihatan gembira meraikan hari jadi Zain Saidin.

Sumber Asal : http://www.murai.com.my/gosip/murai-batu/article/articleid/726179/comel-aaisyah-dhia-rana-tayang-perut-dalam-tema-cowboy
Tuesday, 1 March 2016
Filem Munafik pungut RM2.3j empat hari tayangan
KUALA LUMPUR: Filem seram, Munafik, mencatat kutipan memberangsangkan apabila memungut RM2.3 juta dalam tempoh empat hari tayangan.
Diterbitkan oleh Skop Production Sdn Bhd (SPSB), filem arahan Syamsul Yusof itu turut mendapat ulasan yang baik daripada pengkritik apabila mengetengahkan cerita yang penuh kejutan dan unsur keagamaan di dalamnya.
Menampilkan bintang seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A Galak dan Syamsul sendiri, filem terbabit ditayangkan di 112 pawagam di seluruh negara, termasuk Brunei dan Singapura.
Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam, berkata pihaknya mendapat maklum balas positif bukan saja daripada kalangan penonton tempatan, malah peminat filem seram dari kedua-dua negara jiran itu juga antara penyumbang terbesar kutipan, khususnya pada hari pertama tayangan.
"Tidak dinafikan, promosi dari mulut ke mulut antara faktor filem ini menjadi tarikan kepada penggemar karya genre seram. Boleh dikatakan, hampir semua penonton memberikan maklum balas positif terhadap garapan terbaharu Syamsul ini.
"Saya juga tidak menjangka, filem ini berjaya di Brunei dan Singapura. Peminat di sana menyukai elemen Islamik yang diterapkan dalam naskhah berkenaan. Lebih-lebih lagi Munafik terpelihara dari segi aurat yang tidak menyajikan adegan bersentuhan antara lelaki dan wanita," katanya ketika dihubungi BH Online hari ini.
Tambah Yusof, Munafik, yang memilik jalan cerita agak rumit dan bijak memperdaya khalayak, berjaya menarik penonton baharu yang sebelum ini jarang ke pawagam.
"Kita juga mendapati ada antara penonton baharu yang mula ke pawagam selepas mendengar maklum balas positif mengenai filem ke-39 terbitan kami," katanya.
Lebih penting, menurut produser berkenaan, beliau mengharapkan penonton dapat menceduk sedikit ilmu bermanfaat daripada filem terbabit.
Sumber Asal : http://www.bharian.com.my/node/129309

Sunday, 28 February 2016
Berita Palsu Kemalangan Ayda Jebat
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat terkejut dengan penyebaran berita
palsu yang mengatakan dirinya cedera teruk kerana terlibat dalam
kemalangan di sebuah laman Facebook.
“Saya terkejut kerana ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan adakah saya terlibat dalam kemalangan. Rupa-rupanya ada pihak di laman Facebook menyebarkan berita yang saya terlibat dalam kemalangan dan menggunakan gambar lama saya.
“Saya pernah terlibat dalam kemalangan tetapi pada tahun 2012 dahulu. Alhamdulillah, sekarang ini saya sihat sahaja. Saya pun tak tahu kenapa gambar dan cerita lama disiarkan semula selepas empat tahun,” kata Ayda kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Ayda turut menasihatkan agar penggunakan laman sosial mendapatkan kesahihan sesuatu berita dan lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu perkara.
“Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada saya, tetapi ianya pernah juga terjadi kepada selebriti-selebriti lain. Nasihat saya, sebelum menyebarkan sesuatu berita, pastikan dahulu berita itu sahih atau tidak. Jika berita yang disampaikan tidak benar, banyak implikasi negatif yang bakal berlaku,” katanya.
Tercalon dalam empat kategori Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016), Ayda juga bakal membuat persembahan di malam kemuncak AME 2016 yang bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Konvensyen Kuala Lumpur (CIDB) bermula jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serentak di Ria HD (saluran 123).
Sumber Asal : http://www.astrogempak.com.my/articledetails.aspx?articleid=161442&title=Berita-Palsu-Kemalangan-Tersebar-Ayda-Jebat-Terkejut

Saturday, 27 February 2016
Anak Arnab Seperti Gajah
Seekor arnab di sini melahirkan anak menyerupai gajah yang dipercayai berpunca daripada kecelaruan genetik.
Pemilik arnab berkenaan, Mohammed Saad Qadeeh berkata, dia terkejut melihat haiwan itu dan berkata, arnabnya sebelum ini melahirkan sembilan anak yang sihat.
“Pakar haiwan memberitahu saya, ia mungkin disebabkan kecelaruan genetik.
“Ini kali pertama saya melihat kes seperti ini selepas sekian lama memelihara haiwan itu,” kata Mohammed Saad.
Akhbar tempatan bagaimanapun melaporkan, ia bukan kes pertama.
Tahun lalu, seekor arnab di sebuah ladang berlainan di Gaza melahirkan anak yang juga menyerupai gajah.
Sumber Asal: http://www.hmetro.com.my/node/118453#

Friday, 26 February 2016
Naelofar Hijab Raih Anugerah Daripada MATRADE
Tahniah kepada Neelofa kerana Meraih Anugerah Daripada MATRADE
Pelakon dan hos wanita, Neelofa telah
meraih anugerah daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia (MATRADE) untuk bisnesnya iaitu NaelofarHijab.
Naelofar Hijab antara syarikat tempatan
yang menerima anugerah ini disebabkan kemajuaan perniagaan yang sangat
luar biasa dalam mempromosikan produk di peringkat antarabangsa mahupun
tempatan.
Umum mengetahui Naelofar Hijab telah
meraih jualan sebanyak sebanyak RM50 Juta pada tahun lalu yang disahkan
oleh laporan daripada agensi berita Portal BBC.
Neelofa di dalam Instagramnya
memberitahu dia berasa sangat berbangga dan terharu dengan anugerah yang
diterima daripada pihak MATRADE.
Dia juga berterima kasih kepada semua
pihak yang turut sama menjayakan perniagaan NaelofarHIjab ke tahap yang
memberangsangkan dan berada dilandasan yang tersendiri.
Rasa syukur kepada Ilahi turut diluahkan
dan berharap di masa akan datang, empayar perniagaannya terus berdaya
saing dan meraih kecemerlangan yang tersendiri.
Terkini - Majlis Menyambut Menantu,Akim dan Stacy di Johor Bahru
Pada 5 Febuari lalu, pasangan penyanyi popular Akim dan Stacy telah selamat dinikahkan di Hotel Shangri-La,
Kota Kinabalu Sabah lebih kurang jam 10.15 pagi Jumaat.
Semalam (26 Feb), telah berlangsungnya majlis menyambut menantu di sebelah pengantin lelaki iaitu Akim di Johor Bahru.
Negeri Johor amat sinonim mengunakan
istilah majlis menyambut menantu sebagai tanda terima kasih di atas
kunjungan keluarga pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.
Majlis ini telah diraikan secara sederhana tetapi meriah yang turut dihadiri oleh rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh
hataawangphotography selaku jurufoto rasmi, kelihatan kedua-dua
pasangan ini sungguh gembira dan penuh dengan senyuman.
Jom kita lihat foto-foto majlis manyambut menantu yang begitu cantik dan indah.
Sumber Asal : http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/726680/majlis-menyambut-menantu-akim--stacy-di-johor-bahru.
Mark Adam Mahu Terus Menyanyi
Muzik adalah jiwanya dan lebih 10 tahun dia berkecimpung dalam bidang seni. Andai satu hari nanti kerjaya nyanyiannya buntu, dia tidak mungkin berhenti menyanyi.
Begitulah tinggi cinta penyanyi Mark Adam, 37, pada dunia seni. Baginya, tidak mungkin berputus asa sedangkan banyak tenaga dan usaha yang dilakukan semata-mata ingin capai tahap pada masa ini.
Katanya, dia mula minat menyanyi ketika usianya lapan tahun. Banyak cabaran diharungi dalam mencapai cita-cita itu. Malah Mark sanggup berjauhan dengan keluarga semata-mata mengejar impian itu.
“Pada masa akan datang, andai nyanyian tidak lagi berjalan lancar seperti sekarang, tidak ada istilah berhenti dalam hidup saya. Muzik adalah jiwa saya, selagi ada kudrat saya akan teruskan.
“Terlalu banyak susah senang yang saya lalui untuk mencapai tahap sekarang. Laluan saya sangat sukar. Walaupun sudah lama menyanyi, cuma sejak beberapa tahun lalu baru nama saya dikenali.
“Banyak lagi perkara yang ingin saya lakukan dan capai. Saya tidak anggap keadaan saya sekarang membolehkan saya menarik nafas lega. Ia adalah satu permulaan yang meniup semangat saya berusaha lebih gigih,” katanya.
Pada penghujung tahun lalu, video temubual Mark bersama stesen radio viral menerusi laman sosial Facebook apabila menceritakan pengalaman pertamanya menjejakkan kaki di Menara Berkembar KLCC hingga menyebabkan dia menitiskan air mata.
Walaupun cerita sedih tetapi ramai memberi komen hingga ada ketawa melihat cara Mark meluahkan perasaan. Ada yang menganggap Mark kelakar dan mereka terhibur menonton video itu.
Kata Mark, selepas video itu tersebar, setiap kali keluar di tempat umum, ramai yang akan melawak dengan menggunakan perkataan KLCC.
“Perkataan KLCC itu macam ‘punchline’. Apabila keluar dan bertemu peminat, mereka akan bertanya saya tidak pergi ke KLCC? Ada peminat yang pergi ke KLCC ‘tag’ saya di Instagram.
“Apa yang saya ceritakan dalam video itu hanyalah sebahagian kecil daripada kisah hidup saya. Ada banyak lagi cerita pahit yang tidak pernah saya kongsikan.
“Saya tidak sangka video itu viral. Ketika itu, saya cuma datang untuk memenuhi jemputan ditemubual. Apa pun, ia menjadi satu medium memperkenalkan diri saya secara lebih luas kepada umum,” katanya.
Siapa sangka penyanyi kelahiran Filipina ini dicalonkan dalam lima terbaik kategori Artis Lawak MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era (AME) 2016.
Mark terkejut dan tidak menyangka namanya naik bersama pelawak lain. Semuanya kerana kemunculannya kali pertama sebagai artis jemputan dalam program Bintang Mencari Bintang (BMB).
Kata Mark, selepas menjayakan program itu, dia kerap memeriahkan program Super Spontan dan mungkin itu adalah faktor dia disenaraikan dalam kategori berkenaan.
“Nama saya ada dalam senarai awal kategori lagu dan penyanyi tetapi tidak berjaya ke lima terbaik. Tidak sangka pula nama saya tersenarai dalam kategori Artis Lawak MeleTOP. Saya memang terkejut.
“Saya bukan pelawak. Saya pun tidak tahu macam mana nama saya boleh ada dalam kategori itu. Apapun, saya tetap hargai sokongan peminat. Saya tidak rasa akan menang sebab calon lain memang komedi itu ‘makanan’ mereka,” katanya.
Sekiranya tawaran berlakon drama mahu pun filem komedi banyak ditawarkan kepadanya, Mark masih meletakkan nyanyian sebagai kerjaya nombor satu. Dia tetap ingin dikenali sebagai penyanyi dan bukan pelawak.
Bagaimanapun, Mark tidak akan menolak seandainya ada tawaran menarik. Katanya, dia ingin mengasah bakat. Tambah pula pentas seni adalah punca pendapatannya.
“Tidak salah kita belajar benda baru. Saya suka komedi. Tidak sangka tanpa sengaja saya kini dikenali sebagai pelawak. Saya akan terima tawaran kalau ada yang bersesuaian dan tidak bercanggah dengan jadual.
“Bidang komedi ini akan menjadi ‘back-up’ untuk kerjaya sekarang. Kita tidak tahu akan bertahan sampai bila. Sekurang-kurangnya saya tahu ada bakat sebagai pelawak dan dapat digunakan kemudian hari,” katanya.
Sumber Asal: http://www.hmetro.com.my/node/116782#sthash.O5VaWjhc.dpuf
Thursday, 25 February 2016
Saya Dan Pengurus Tiada Hubungan Cinta
Penyanyi Siti Nordiana, 31, menafikan cerita kononnya dia kini sedang
menjalinkan hubungan dengan pengurus sendiri yang dikenali sebagai Anas.
Memetik laporan BH online, pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran itu tidak cepat melatah dan menganggap gosip berkenaan sebagai resam untuk anak seni dan sekadar andaian sesetengah pihak yang pantas menjatuhkan hukuman.
Katanya, dia selesa dengan status ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Mohamad Rayyan Nakhaie, hasil perkongsian hidup dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup.
"Memang tiada sebarang hubungan cinta antara saya dan Anas. Mungkin orang tengok dia selalu ke hulu ke hilir bersama saya atas urusan kerja, jadi mereka pantas menganggap adanya hubungan istimewa antara kami.
"Anas sudah lama menjaga kerjaya seni saya, sejak berada di bawah bumbung syarikat FMC lagi. Malah, saya juga mempunyai seorang pembantu peribadi wanita," katanya.
Terdahulu Nana mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 2006 dan berpisah tiga tahun kemudian. Faizal yang kemudian berkahwin lain meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2011.
Sumber Asal : Berita Harian Online

Subscribe to:
Posts (Atom)