Saturday 27 February 2016

Anak Arnab Seperti Gajah

Seekor arnab di sini melahirkan anak menyerupai gajah yang dipercayai berpunca daripada kecelaruan genetik.

Pemilik arnab berkenaan, Mohammed Saad Qadeeh berkata, dia terkejut melihat haiwan itu dan berkata, arnabnya sebelum ini melahirkan sembilan anak yang sihat.

“Pakar haiwan memberitahu saya, ia mungkin disebabkan kecelaruan genetik.

“Ini kali pertama saya melihat kes seperti ini selepas sekian lama memelihara haiwan itu,” kata Mohammed Saad.

Akhbar tempatan bagaimanapun melaporkan, ia bukan kes pertama.

Tahun lalu, seekor arnab di sebuah ladang berlainan di Gaza melahirkan anak yang juga menyerupai gajah.

Sumber Asal: http://www.hmetro.com.my/node/118453#

No comments:

Post a Comment