Friday 26 February 2016

Naelofar Hijab Raih Anugerah Daripada MATRADE

Tahniah kepada Neelofa  kerana Meraih Anugerah Daripada MATRADE

Pelakon dan hos wanita, Neelofa telah meraih anugerah daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk bisnesnya iaitu NaelofarHijab.
Naelofar Hijab antara syarikat tempatan yang menerima anugerah ini disebabkan kemajuaan perniagaan yang sangat luar biasa dalam mempromosikan produk di peringkat antarabangsa mahupun tempatan.

Umum mengetahui Naelofar Hijab telah meraih jualan sebanyak sebanyak RM50 Juta pada tahun lalu yang disahkan oleh laporan daripada agensi berita Portal BBC. 

Neelofa di dalam Instagramnya memberitahu dia berasa sangat berbangga dan terharu dengan anugerah yang diterima daripada pihak MATRADE.

Dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang turut sama menjayakan perniagaan NaelofarHIjab ke tahap yang memberangsangkan dan berada dilandasan yang tersendiri.

Rasa syukur kepada Ilahi turut diluahkan dan berharap di masa akan datang, empayar perniagaannya terus berdaya saing dan meraih kecemerlangan yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment