Thursday, 25 February 2016

Saya Dan Pengurus Tiada Hubungan Cinta

Penyanyi Siti Nordiana, 31, menafikan cerita kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan pengurus sendiri yang dikenali sebagai Anas.

Memetik laporan BH online, pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran itu tidak cepat melatah dan menganggap gosip berkenaan sebagai resam untuk anak seni dan sekadar andaian sesetengah pihak yang pantas menjatuhkan hukuman.

Katanya, dia selesa dengan status ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Mohamad Rayyan Nakhaie, hasil perkongsian hidup dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup.

"Memang tiada sebarang hubungan cinta antara saya dan Anas. Mungkin orang tengok dia selalu ke hulu ke hilir bersama saya atas urusan kerja, jadi mereka pantas menganggap adanya hubungan istimewa antara kami.

"Anas sudah lama menjaga kerjaya seni saya, sejak berada di bawah bumbung syarikat FMC lagi. Malah, saya juga mempunyai seorang pembantu peribadi wanita," katanya.

Terdahulu Nana mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 2006 dan berpisah tiga tahun kemudian. Faizal yang kemudian berkahwin lain meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2011.

Sumber Asal : Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment