Friday 4 March 2016

Comel Aaisyah Dhia Rana Dalam Tema Cowboy

Anak kepada pasangan Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sering menjadi tumpuan di mana-mana majlis mana pun, terbaru adalah di majlis hari jadi bapanya yang diadakan malam tadi.

Meskipun dalam tema cowboy, Aaisyah tetap digayakan oleh ibunya mengikut konsep party malam itu dengan kemeja kotak-kotak, berseluar denim, boot dan bertopi cowboy.


Seperti biasa, Che Ta pasti berkongsi foto-foto sepanjang majlis hari jadi tersebut di akaun Instagram miliknya dan hampir semua tetamu termasuk adik beradiknya mengikut tema yang ditetapkan.

Ramai pengikut memuji kecomelan dan gelagat Aaisyah ketika majlis termasuk gambar terbaru yang dimuat naik Che Ta adalah foto Aaisyah yang jelas kelihatan ditayang perutnya ketika di majlis tersebut.

Apa-apa pun majlis itu diadakan dengan sungguh meriah dan tetamu yang hadir kelihatan gembira meraikan hari jadi Zain Saidin.




Sumber Asal : http://www.murai.com.my/gosip/murai-batu/article/articleid/726179/comel-aaisyah-dhia-rana-tayang-perut-dalam-tema-cowboy

No comments:

Post a Comment